sayalah cik nadda ;))

Tuesday 22 November 2011

perempuan yang bergelar dewasa



perempuan itu hanyalah normal 
seperti perempuan lain juga

punyai hati & juga perasaan yg sukar diramal
kdgkala 

akan tetapi perempuan itu akan mencari 
sang kekuatan dari segala pengalaman yang pernah hadir dalam 
dirinya

perempuan itu tak pernah matang gayanya
akan tetapi, sedikit2 belajar dari sebuah kehidupan dan perjalanan 
yang penuh onak berliku

disaat dia putus harap, datang kekuatan yang bersinar 
tanpa pernah sedar muncul dalam dirinya

kini dia mampu bertarung dengan apa jua 
keadaan sekalipun

dengan nekad segalanya mampu dia harungi 
dengan mudah bersama bantuan Ilahi

berharap agar perempuan itu trus tidak berputus harap
dan masanya untuk bahagia juga akan tiba
suatu ketika nanti walaupun ianya tidak pasti

semuanya adalah rahsia Ilahi 
yang kadangkala akan mematangkan diri kita jua

itulah nikmat kehidupan dunia,perlu jujur & ikhlas
adalah tunggak utama kehidupan yang bahagia
walaupun dalam tangisan....


Friday 18 November 2011

Adakah dia mencintai kita?

ADAKAH DIA YG MCINTAI KITA? SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI??...

  • Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  • Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  • Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  • Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  • Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh
  • dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  • Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut.. kamu akan menyesal melakukannya! "


love b! :)

Saturday 29 October 2011

kerana wanita menangis


Ya Allah....mengapa wanita sering menangis?

JawabNya..

kerana wanita itu unik,
Aku ciptakannya  sebagai makhluk istimewa,
Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
Aku teguhkan keperibadiannya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Aku berikan naluri kepadanya untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Aku kuatkan batinnya untuk menyayangi walaupun dikhianati teman sendiri..
Walau disakiti oleh 'orang yang dia sayangi & cintai..
Wanita makhluk kuat


TETAPI,, 
JIKA SUATU SAAT DIA MENANGIS ITU KERANA,,
AKU MEMBERIKAN AIRMATA UNTUK MEMBASUH LUKA BATIN DAN 
MEMBERI KEKUATAN BARU

''WANITA itu ISTIMEWA''






bila hati terluka


hello smua...
btw,,nadda dh lama xupdate this blog..bcz,,sem ni bz ssgt.
asyk mngadap buku jer,,test,,quiz,,prsentation n bbgai g nk kena stlekan..ok lahh... enjoy!!


bila hati tluka?? kenapa?? sp yg bkn hati ni tluka?haha..soklan bdoh dr aku...
hmm..sah2 laa aku yg bkin hati ni tluka sbb skap bdoh aku.. bodoh sbb aku..hahha.. :|
aku sdar,,,aku ni byk bt bg org2 skeliling aku meluat gn aku.. xkira la sp pon,,bf n kwn2 aku.. bff aku.. 
ntah laa
aku sdri pon xphm gn dri aku ni.. 
aku pon pelik gn dri aku.. nak hpy2 jer,,tp bkin mslh..
cepat mlnting,, kuat jlz... cepat sgt trasa hati..
mmg,,mmg aku ni sorg yg cepat trasa... snsitiviti aku niii.... cepat sgt mlodak!!

arghh!! kkdg,,,aku mngis sbb aku sndri xphm gn dri aku ni... apa yg aku nk dpt kan..
yg pastiii...

i realize my weaknesses :)

SAYANG KORANG!!


-perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya-


Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :


Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

adik syg mak sgt2... SHARIFAH MARIAM BT SYED HASSAN

p/s : copy paste je..untuk renungan bersama :) <3

Thursday 18 August 2011

How To Take Care Our Relationship ?


I hate this situation . hell yeahhh ! i hope everything will be fine. i don’t wanna loose you. its hurt , i’m sorry . i can’t be the best ! i can’t . looser will always be a looser , can’t be change ! am i right ? jealous and jealous , that’s me . why i’m being too jealousy ? why i can’t be like other girls ? why i can’t be like his ex ? :’( i can’t control myself . maybe i’m not the best for him. i know oneday he will leave me because of my attitude . JEALOUS TAK KENA TEMPAT ! errr you , i tgh try control jealous i . wish me luck ! i hope i can throw away my jealous . come on nadda ! chill ! smile smile :DD no more jealous okay ? it’s good for your relation . yeah yeah ! nadda can do it ;) 
THANKS FOR LOVING ME :)

Friday 17 June 2011

Berserah


YA ALLAH...
Pasrahkanlah aku akan takdirmu..
aku terima apa yg sudah tertulis olehmu..
sesungguhnya,aku manusia yang kerdil.
lagi hina disisimu..
mgkin aku xlayak ada atas muka bumi ni..
hanya sekadar myusahkan manusia lain..
seperti keluargaku dan "Dia''

YA ALLAH...
aku terima segala apa yang akan terjadi atas diri ni..
aku terima..
terima atas segala maksiat yg telah aku lakukan terhadapmu
aku mgaku,,aku mmg manusia hina.
hina dimata mu.. dimata keluargaku..
mgkin juga dimata "dia"
aku mgaku..

YA ALLAH..
Kau berikanlah kekuatan utk aku harungi hidup ini
aku dah xsggup
mgkin aku telah byk lakukan kesalahn dibelakang keluargaku
aku manusia yg hina Ya Allah....

YA ALLAH..
aku mahukan kasih sayang
aku mahukan belaian
aku mahukan perhatian
semua itu adalah dr mereka mereka 
yg aku syg...
insan yg bmkna dlm hdup ini
aku xperlukan wang ringgit yang melimpah ruah..
cukup hanya sekadar scebis perhatian dan belaian

YA ALLAH..
aku mgaku, mmg aku jahil
adakala aku lupa kepadaMu
aku lakukan perkara yg Kau larang
aku byk melakukan bnda haram drpd halal
aku jahil,keji dan hina!!

YA ALLAH..
jika dia jodohku.. 
kau peliharalah hubungan kami..
SHARIFAH NUR QATRUNNADA BT. SYED IBRAHIM 
DAN 
MUHD FAHMI B.AHMAD HUSAIN
kau jadikanlah kami
satu ikatan yg HALAL
yg sah disisi agama
dengan satu AKAD dan NIKAH 
yg disaksikan dan direstui olehMu
dan juga Ahli keluarga kami
jika dia bukan jodohku
gantikanlah ia yg telah hilang
tumbuhkanlah yg telah patah
walaupun xsama dengan dirinya

YA ALLAH..
kau berikanlah aku kekuatan agar dapat mgubah diri ini
daripada yg buruk dan hina
kepada yang suci dari sebelum ini.
wlpn diri ini suda byk melakukan bnda yg dilarang olehmu

YA ALLAH..
kau kembalikanlah kasih syg yg telah lama hilang 
utk keluargaku 
dan kau rapatkan dan satukanlah semula kami
murahkanlah rezeki dan pnjgkanlah umur kami
hanya dengan restuMu

YA ALLAH
hanya kepadamu aku memohon

AKU TERIMA SEGALA YG TELAH ENGKAU TETAPKAN
 AMINNN..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...