sayalah cik nadda ;))

Monday 7 March 2011

DoA keKasih...



Sem0ga inSan ini Diberkati Hidupnya Dan Dimurahkan Rezeki...

Bismillah (al rahman al rahim)

Ya allah, tuhan yang lebih mengetahui sesuatu,Kau restuilah hubungan kami berdua, dekatkanlah jodoh kami.

Jangan kau pisahkan kami, bukakan lah pintu hati kami untuk kami saling
menyayangi dan lebih memahami, kau limpahilah nur hidayah mu kepada kami ya allah.

Sesungguh nya dia amat bermakna sekali dalam hidupku,
 sesungguh nya dia lah terletaknya segala impian dalam hidupku,
 sesungguhnya tiada yang lain ku sayang dan cinta selain dia. Engkau bukakan lah pintu hatinya untuk memahami akan segala isi hati ku terhadapnya. Engkau lembutkan lah hati kerasnya. Engkau buka kan lah pintu hatinya untuk menyayangiku, mengasihiku dan menyintaiku seperti mana aku sayang, kasih dan cinta padanya. Engkau berikanlah aku kekuatan dalam mengharungi apa jua rintangan
 dan ujian dari mu. Sesungguhnya aku redha dan menerima kehadirannya dalam hidup aku seadanya dan aku juga lebih bersyukur kepada setiap nikmat yang telah kau kurnia kan kepada ku. Kau rahmatilah perasaan kasih sayang kami berdua.
 Berikan lah ruang kepada kami untuk rujuk dan bersama semula.
Berikanlah ruang kepada keluarga kami berdua untuk menjalinkan hubungan persaudaraan bersama. Engkau tunaikan lah segala apa yang kupinta. Engkau kurniakan lah kami semua penolongmu agar membimbing kami untuk
terus berada di jalan mu yang benar. Kurniakan lah kepada ku telinga yang baik lagi
lancar untuk mendgr bakal suamiku melafazkan akad nikah semasa menerima aku sebagai isterinya dan teman hidupnya selamanya. Sesungguhnya walaupun apa jua kelakuannya pada ku, dia tetap segala galanya bagi aku
dan dirinya amat bermakna dalam hidupku. 
Amin ya rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...